AYIM GYM & FITNESS

Tribute untuk AYIM - Gym ini SUDAH DITUTUP!
AYIM GYM & FITNESS
62A Tingkat 1, Jalan 10/118B Desa Tun Razak 56000 Kuala Lumpur.

Home Top Ad

Sering kali dalam berdiet, atau bersenam untuk 1 jangka masa yang lama samada untuk menguruskan badan atau membesarkan otot, kita sering be...

Sering kali dalam berdiet, atau bersenam untuk 1 jangka masa yang lama samada untuk menguruskan badan atau membesarkan otot, kita sering berdepan dengan masalah kurang motivasi. Mungkin pada peringkat awal begitu bermotivasi, tetapi selepas seminggu hilang semangat. Antara 10 cara mudah untuk kekal dalam mood motivasi.
1. Tetapkan sasaran - Sasarkan berapa kg perlu diturunkan atau mungkin berapa besar otot yang disasarkan. Atau mungkin boleh sasarkan berapa berat bebanan diangkat. Minggu pertama mungkin 10kg, sasarkan minggu ke 2 mengangkat 20kg. Atau mungkin dalam berlari, minggu ni 10 minut, minggu depan 15 minit.
2. Gambar - Cetak gambar sesiapa yang diminati, mungkin Jamie Eason atau mungkin Ronnie Coleman. Letak gambar anda disebelah nya dan tampal di suatu tempat yang biasa kita lihat. Mungkin boleh letak di satu tempat apabila bangun dari tidur sahaja dah boleh dilihat. 'Aku mahu menjadi seperti itu!'
3. Jadual - Tuliskan jadual harian, buat 1diari atau workout journal
4. Perubahan - Lihat perubahan orang lain samada melalui pembacaan atau orang sebenar. Banyakkan membaca dan melihat gambar mereka yang telah berjaya sebagai sumber semangat dan inspirasi.
5. Baju - Beli baju saiz yang diidamkan. Mungkin selama ini pakai baju saiz L dan berhajat untuk pakai saiz S. Gantung baju saiz S itu ditempat yang selalu dilihat. 'Bila la aku boleh pakai baju itu?'
6. Timbang - Jangan selalu timbang berat badan. Percayalah, ramai yang kecewa bila hari-hari timbang berat badan.. Mungkin boleh timbang setiap 2 minggu.
7. Partner - Dapatkan seorang partner dalam buat latihan. Boleh saling berlawan untuk mendapatkan result.
8. Senaman - Jangan buat senaman yang sama sahaja setiap hari. Kita akan cepat merasa bosan. Jika boleh dapatkan seorang jurulatih yang sentiasa beri kelainan dalam latihan.
9. Pergaulan - Bercampurlah dengan mereka yang rajin bersenam dan memiliki tubuh yang menarik. Ia akan buat kita bertambah semangat. 'Bila la aku nak jadi macam dia?'. Dapatkan tip dari mereka jika perlu.
10. Positif - Berfikiran positif dalam segala apa yang dilakukan. Jika dalam fikiran kita dah fikir 'tak boleh', memang tak boleh la kita. 'I can do it!'












.

.



Protein adalah komposisi yang terbesar di dalam tubuh kita.  Sel-sel tubuh yang membina otot-otot, enzim-enzim, hormon, anti-bodi dan ...



Protein adalah komposisi yang terbesar di dalam tubuh kita. 

Sel-sel tubuh yang membina otot-otot, enzim-enzim, hormon, anti-bodi dan sebagainya terdiri dari protein. Protein memainkan peranan untuk membina dan membaik-pulih otot-otot badan. Oleh itu tidak dinafikan lagi proteinlah yang menjadi asas bahan untuk pembinaan otot. Protein banyak didapati dalam makanan laut, ikan, sotong, putih telur dan sebagainya. Pengambilan protein berlebihan tidak memberi kesan sampingan keatas kesihatan.

*Seeloknya selepas 20 minit selesai melakukan latihan dapatkan bekalan protein yang secukupnya bagi menampung proses recovery tisu yang telah rosak semasa latihan